Jam sudah pukul 12.21am. Saya masih terkebil2 di depan lappie. Sudah jelajah alam maya satu round, bermuka-buku sekejap dan membaca berita yang semakin hari semakin mem-buhsan-kan. Politik, kes skandal, dadah. Apa, belum ada lagi ke berita orang Malaysia cipta kereta tak payah pakai petrol yang ekonomi (sumpah, lepas ni saya tak de kerja kerana kompeni jugak tak de bisnes minyak lagi).

Haih.

Minggu ni sedikit aman tenteram di ofis. Tapi jiwa saya kacau. Kamu tau tenteram tu macam mana? Bukan tenteram yang selamat, tapi tenang sebelum ribut melanda. Kamu tau kan, sebelum ribut menggila angin sepoi2 bahasa pun tak rasa? Perasaan tu la yang sedang melempar-lemparkan diri di dinding hati saya.

Lately saya rasa penat. Seolah beban-beban yang berat dan besar sedang bertenggek di bahu kiri dan kanan. Aih, itu bukan malaikat 'Atid dan Raqib. Itu beban emosi. Ada beberapa kategori beban emosi yang sedang bergayut-gayutan di hujung hati saya:

1. Beban kerja - ini semua orang tau. Tak payah cerita lanjut. Bukak saja Archive, walaupun blog ini dinamakan 'Coffee Break' tapi adalah sebenarnya tipu-daya sahaja. Lebih mirip kepada melontar perasaan stress gara-gara kerja.

2. Beban kewangan - kerana saya ialah berdarah jenis 'A'. Semua adalah mahu dibuat. Rumah yang baru dibeli, perlukah renovation besar-besaran? Tapi mau sambung study. Dan juga, mau start projek juta-juta sekarang terpaksa pakai khidmat pakar. Dalam hidup saya, semua perlu dibuat SEKARANG. Tiada scheduled delivery. Saya tidak punya kesabaran yang tinggi. I WANT IT NOW! ((sah saya adalah Gen-Y))

3. Beban relationship - in case ada yang tidak sepatutnya ada di sini sedang membaca. Saya simpan saja perkara emo di dalam hati. Tapi hakikatnya, saya tidak tau apa masalah mereka kerana mereka pun tidak mau berterus-terang dengan saya. Mungkinkah ada kelemahan saya, miscommunication atau sekadar suka-suka mencari nemesis? Hmm. Office politics memang adalah sukar ditafsirkan. Walaupun saya buat-buat tidak kesah dan tidak mau macam orang patah hati (kenapa perlu macam LOSER, sedangkan saya tak rasa begitu?) tapi subconsciously saya still stress juga berdepan dengan orang sebegini.

Oh ya. Juga kerana ada spesis kawan yang masih lagi gatal mulut bertanya bila nak timang anak:

Senario:
Saya: Hello. Tahniah sebab ko dah dapat baby :)
Gatal mulut: Makaseh. Korang bila nak ada anak pulak? Still planning lagi ke? Aku yang kawen lagi lambat dari ko pun dah dapat anak. Potpetpotpetpotpet...
Saya: ... -_- <-- tiada jawapan. (lebih baik aku takyah contact ko, camni malas la nak tengok baby ko kalau setakat nak dengar betapa terer nya ko buat anak)


Kalau anak tu buat dalam oven Panasonic kami, dah lama kami buat ok. Tapi zuriat itu datangnya dari Allah maka haruslah bersabar dan berdoa dgn kami supaya dapat anak kembar (erk. Apakah??)

Dan honestly. Sejak saya berkawen, saya sudah jadi tidak pandai meluahkan buku hati saya.  Saya pun tak pandai bercerita dengan Suami Terchenta, sebab saya takut lepas tu beliau akan jadi semakin ringan. Sudah la lepas kawen dia jadi lebih ringan (sebab pikul beban sendiri + pikul saya), therefore saya tak mau membebankan beliau lagi dengan beban saya. Akhirnya memerap-pekasam kan semua emosi di dalam hati sendiri. Sometimes our soulmate, the love of our life, the very best of best friends, tak boleh jadi tempat mengadu macam best friend yang lain. Sebab antara kita dan dia, ada dinding perasaan. Kita sayangkan beliau, tak mau beliau sedih kerana kisah duka kita. Bukan adalah kerana kita mau berahsia dengan beliau sesuka-hati.

Argh. Lagipun, siyes sudah tak pandai meluahkan perasaan. Saya tak tau dari mana hendak mula bercerita sekiranya mau pun.

To all my best friends, I miss you. I miss Eva, and the times we used to share our problems under the starry sky while eating ice cream on the swing. I miss Agatha, and the times we used to hang out during weekend to discuss our life's events. I miss that best friend who broke my heart, and the times we swapped stories in the library. I miss Mamat, when we used to run together and pour secrets at the wee hour. I even miss my guy best friend I could share about anything that bothered me and then we laughed and things are ok again. I miss Fab 5, the way we always looked out for each other.

Sudah penat menumpahkan sedikit rasa. Hopefully Tuhan akan kabulkan doa saya.

Saya mau happy.

Selalu.

Forever and ever.

Ketemu dengan life passion. Sesuatu yang boleh bikin jiwa saya teruja setiap kali bangun pagi.

Tuhan.

1 comment:

  1. akak dah belum rezeki nak timang cahaya mata nak buat macam mana kan... harap akak banyak bersabar, jangan asyik dengar kata2 orang tu nanti kita yang susah, biar jerk mulut2 diaorang tu nak cakap macam tu... harap akak banyak bersabar, mungkin ni antara ujian dari ALLAH, tentu ada hikmah disebaliknya... percayalah....

    ReplyDelete